Today is better than yesterday Tommorrow for us.... www.fh-lifestory.com

www.fh-lifestory.com

Inilah Iklan Termahal Yang Pernah Di Buat Di Dunia

Respons: 0 comments

7. Ferrari/Shell: US$4,5 juta 

Pada ulang tahun ke 60 tahun, iklan Ferrari / Shell menunjukkan sebuah kereta lumba Ferrari sedang berlumba di beberapa lokasi terkenal di dunia seperti Colosseum dan Time Square, New York.
Pada akhir iklan yang dibuat pada 2007, kereta lumba tersebut berhenti untuk mengisi bahan api di sebuah stesen pengisian bahan api milik Shell, untuk kemudian melanjutkan kembali perlumbaan mengelilingi dunia.







6. Honda: US$6,2 juta 

Iklan ini merupakan bahagian promosi dari produk kereta Honda Accord dan dibuat pada 2003. Uniknya, iklan ini sama sekali tidak menggunakan bantuan teknologi komputer. Langkah itu pula yang menyebabkan iklan ini begitu mahal.


Untuk membuat iklan ini diperlukan 606 kali pengambilan gambar untuk menjamin iklan sempurna dari awal hingga akhir. Dalam pembuatannya, seluruh bahagian dari kereta Honda dilihat diletakkan dalam sebuah lantai dan mendorong satu sama lain secara berturut. Pada hujung, dari pertembungan bahagian kereta itu, kelihatan sebuah kereta Honda diletakkan.


Pada akhir iklan, muncul ayat "Tidakkah menyenangkan ketika sesuatu berjalan dengan baik?"

5. Pepsi: US$8,1 juta 

Iklan berdurasi 90 saat yang pertama kali ditayangkan pada 2002 di acara Superbowl ini, memaparkan pelakon Hollywood Britney Spears yang memaparkan sejarah minuman bersoda ini selama lima dekad yang lalu.


Britney Spears tampil dengan berganti kostum beberapa kali untuk menyesuaikan dengan keadaan pada tahun tertentu. Di setiap dekad itu, Britney selalu mengucapkan tagline iklan yang dibuat pada 2002 itu dengan ayat, "Untuk mereka yang berfikir muda."


4. Chrysler: US$12 juta 
 
Iklan yang tayang pertama kali pada perlawanan Superbowl pada 2011 ini memaparkan Eminem sebagai bintang iklan. Iklan ini mengambil setting lokasi di Detroit yang merupakan pusat pembuatan kereta.
Eminen dalam iklan itu berlakon sedang memandu kenderaan tersebut denganbacksound lagu Lose Yourself dan berhenti di Teater Fox. Iklan ini ditutup dengan sebuah tagline, "Diimport dari Detroit."

3. Aviva: US$13,4 juta 

Aviva merupakan produk insurans dari salah satu syarikat di United Kingdom. Untuk mempromosikan pertukaran nama dari sebelumnya Norwich Union, pada 2008 syarikat mempromosikan nama barunya tersebut.


Iklan ini banyak memaparkan nama-nama terkenal seperti Bruce Willis, Dame Edna, Ringo Starr, Elle Macpherson, dan Alice Cooper. Seperti Aviva, artis-artis yang terlibat dalam iklan ini telah menukar nama asalnya sebagai sebahagian daripada karier mereka.


2.Guinness: US$16 juta
 
Untuk memperingati perayaan ulang tahun syarikat ke-80, Guinness membiayai pembuatan iklan "Tipping Point" yang menggambarkan kerjasama penduduk di bandar kecil Argentina yang menyusun domino yang akan menjatuhkan buku, tempat cat, peti sejuk, bahkan timbunan kereta di sebuah jalan.


Pada bahagian akhir iklan yang dibuat pada 2007 ini, pertembungan susunan peralatan itu membentuk sebuah gelen Guinness.

1. Chanel: US$33 juta 

Iklan berdurasi dua minit ini diarahkan oleh Baz Lurhrmann dan memaparkan pelakon Nicole Kidman yang berperanan sebagai artis yang tengah dikejar-kejar oleh paparazzi. Hampir sama seperti filem yang dibuat Lurhrmann bertajuk Moulin Rouge, Nicole kemudian masuk ke dalam sebuah teksi yang di dalamnya sudah ada penumpang lelaki yang merupakan penulis muda. Kedua-dua manusia ini akhirnya jatuh cinta.

Dalam iklan yang tayang pertama kali pada 2004 ini, Kidman dikhabarkan menerima bayaran sebanyak US $ 3 juta
 berita-saya.blogspot.