Today is better than yesterday Tommorrow for us.... www.fh-lifestory.com

www.fh-lifestory.com

Pray for #MH17

Respons: 0 comments
Sumber berita dari UTUSAN

KIEV, Ukraine 17 Julai - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di pekan Shakhtarsk di timur negara ini lewat petang ini.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko dalam akaun Facebooknya berkata, pesawat MAS itu terbang pada ketinggian 10,000 meter dan dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan daripada pelancar Buk.
Pelancar serupa pernah dilihat oleh wartawan Associated Press dekat bandar Snizhne di timur Ukraine awal hari ini.
Sementara itu, MAS dalam kenyataannya mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Menurut MAS, pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi esok waktu Malaysia.
MAS dalam Twitternya berkata, syarikat penerbangan itu 'gagal berhubung dengan pesawat MH17' ketika berada di ruang udara Ukraine.
Urutan masa nahas

17 Julai (Khamis)

* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

* 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
18 Julai (Jumaat)

* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta."
- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.

* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.


* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NahasMH17_Urutanmasanahas/Article

No comments:

Post a Comment