1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan
anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin
kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia
memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda
seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman
dia.
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah.
Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan
jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi
merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia
memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan
terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau
mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan
rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa,
dia akan kata, "adalah..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga
dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang
yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat
reaksi anda.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka
dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis
itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis
tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan
tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup
rasa cemburu.
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar
dengan mengulang perkataan "bosannye....." atau mungkin bertanya
tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk
mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda.
Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak
suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda
tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam
kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda.
Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika
anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau
sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk
satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
http://pemaniskata.blogspot.com
No comments:
Post a Comment